Posts

Showing posts from October, 2025

Perasaan Menjadi Pelajar di UKM dan FEP

Image
Nak tahu tak apa perasaan saya jadi pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) selama hampir tiga tahun? Saya sangat gembira dan bersyukur. Saya sendiri tak sangka saya mampu sampai sejauh ini menempuh pelbagai cabaran seperti tugasan yang mencabar, berkenalan dengan kawan baharu, dan belajar menyesuaikan diri dalam suasana fakulti yang besar. Saya masih ingat lagi, kali pertama saya menjejakkan kaki ke FEP. Walaupun ketika itu saya sudah habis semester pertama, saya masih belum hafal lokasi bilik seminar. Setiap kali ada kelas, saya pasti tercari-cari arah. Tapi baru-baru ini, saya terserempak dengan pelajar tahun satu yang bertanya di mana Bilik Seminar 8 dan kali ini saya pula yang boleh tunjukkan arah dengan yakin! Saya tersenyum sendiri sebab teringat betapa kelirunya saya dulu. Rupanya betullah pepatah, “malu bertanya, sesat jalan.” Dulu saya selalu bertanya pelajar lain bila terlupa lokasi kelas, dan daripada situ saya mula hafal satu demi satu kawasan FEP hingga akhirnya, F...

Hobi Saya

Image
  Baru-baru ini, saya baru sahaja menemui hobi baharu ! Selama ini, saya sering merasakan diri saya tidak mempunyai hobi tertentu kerana kebanyakan masa dihabiskan dengan belajar dan bermain telefon sahaja . Saya juga seorang yang lebih gemar duduk di rumah  selagi rakan-rakan tidak mengajak keluar, memang saya akan memilih untuk berehat di rumah sahaja. Namun, selepas tamat semester pendek baru-baru ini , rakan baik saya mengajak saya menyertai komuniti badminton di kawasan berhampiran rumah. Bayaran penyertaan hanyalah RM10 untuk tiga jam permainan  agak berbaloi, bukan? Pada mulanya, saya agak berat hati untuk pergi kerana perlu bergaul dengan orang yang saya tidak kenal, dan sebagai seorang introvert , perkara itu membuatkan saya sedikit tidak selesa. Tapi, disebabkan rakan saya beria-ia mengajak, akhirnya saya ikut juga dan ternyata, saya sangat seronok! Saya berasa gembira kerana dapat berpeluh dan bersenam , sekaligus membuatkan badan terasa lebih segar dan ber...

Top 3 Fasiliti Kesukaan Saya di FEP

Image
Hari ini, saya ingin berkongsi sedikit tentang kemudahan yang terdapat di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) , memandangkan saya sendiri merupakan pelajar di fakulti ini. Antara fasiliti yang paling saya rasa berguna dan digemari oleh pelajar serta pensyarah FEP ialah Budi Cafe . Siapa yang pernah ke sana pasti tahu suasananya bagaimana penuh dengan pelbagai pilihan makanan dan minuman! Memandangkan FEP tidak mempunyai kafe yang besar, pelajar biasanya perlu berjalan ke Fakulti Sains dan Teknologi (FST) untuk membeli makanan. Namun, bagi pelajar yang sedang mengejar masa atau perlu ke kelas dengan segera , perjalanan ke FST boleh menjadi sedikit menyusahkan walaupun jaraknya tidaklah terlalu jauh. Oleh sebab itu, Budi Cafe menjadi pilihan utama pelajar FEP untuk menjamu selera dengan cepat dan mudah. Di Budi Cafe bukan sahaja terdapat pelbagai pilihan makanan dan minuman , tetapi juga disediakan meja dan kerusi yang selesa untuk pelajar berehat atau menikmati hidangan. Antara mak...

Favorite Spot in UKM

Image
Assalamualaikum dan hai semua! Hari ini saya nak kongsikan tempat-tempat kegemaran saya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) . Sebagai pelajar UKM, mestilah saya nak kongsi dengan semua orang tempat menarik yang patut dikunjungi bukan saja oleh pelajar UKM, tapi juga pengunjung luar yang datang ke kampus ini! Tempat pertama yang saya paling syorkan sudah tentu ialah Pusanika! Kalau tanya mana-mana pelajar UKM, memang hampir semua akan tahu tempat ni. Pusanika boleh dikatakan sebagai “port utama” pelajar UKM sebab dekat sinilah tempat paling meriah dan penuh dengan pelbagai pilihan makanan terutamanya yang trending dan moden . Antara tempat wajib singgah ialah Emart , kedai yang ala-ala FamilyMart ! Kalau korang peminat makanan Korea, memang wajib cuba sebab banyak pilihan makanan ala Korea yang sedap-sedap. Selalunya, pelajar baru atau pengunjung luar akan sedikit keliru bila pertama kali datang ke Pusanika, sebab bila masuk je, yang nampak cuma He & She Coffee di bahagian d...

Kenali Saya

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Nama saya Norkhairin Sofea binti Amiruddin , berasal dari Hulu Langat, Selangor . Boleh panggil saya Khairin . Saya merupakan pelajar tahun akhir semester satu  di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) . Sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah, saya merupakan pelajar di Politeknik Port Dickson dalam jurusan Pemasaran , dan Alhamdulillah , saya berjaya menamatkan pengajian dengan purata CGPA 3.74 , yang melayakkan saya menyambung pelajaran di UKM. Kini, saya sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan dan Inovasi di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan . Sejak  sekolah menengah, saya sering berpegang kepada prinsip “ Go with the flow ” , kerana pada waktu itu saya masih mencari hala tuju hidup sendiri. Namun, seiring berlalunya masa , saya mula menyedari bahawa Allah SWT sebenarnya sedang menunjukkan bahawa saya mempunyai bakat dan kecenderungan dalam bidang perniagaan . Ketika di sekolah menengah, keputusan PT3 saya tidakl...