Hobi Saya
Saya berasa gembira kerana dapat berpeluh dan bersenam, sekaligus membuatkan badan terasa lebih segar dan bertenaga. Selain itu, saya juga dapat menghabiskan masa berkualiti bersama rakan saya, terutama selepas melalui semester pendek yang agak meletihkan dan penuh tekanan. Aktiviti ini benar-benar membantu saya melepaskan tekanan dan membuatkan saya lebih ceria. Cuma, satu perkara yang sedikit mencabar ialah kami perlu bergilir-gilir menggunakan gelanggang. Dalam dewan tersebut hanya terdapat dua gelanggang badminton, manakala peserta yang hadir lebih daripada sepuluh orang. Jadi, kami perlu menunggu giliran untuk bermain, yang kadangkala agak meletihkan terutama apabila bermain pada waktu malam.
Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya, pengalaman ini benar-benar menyenangkan dan membuka minat baharu dalam diri saya. Sekarang saya sedar bahawa aktiviti seperti badminton bukan sekadar sukan, tetapi juga cara untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental.
Sekarang, setiap malam Jumaat saya akan menghabiskan masa dengan bermain badminton bukan sahaja bersama rakan-rakan, tetapi juga bersama keluarga. Namun, kali ini kami bermain di gelanggang sebenar, bukan lagi bersama komuniti seperti sebelum ini.
Kami mengambil keputusan untuk tidak lagi menyertai komuniti badminton kerana ada kalanya kami sudah membuat bayaran, tetapi hanya sempat bermain dua atau tiga kali sahaja. Jadi, kami mencari tempat sukan yang menyediakan gelanggang badminton khas, dan ternyata bermain di situ jauh lebih menyeronokkan!
Dalam tempoh dua jam permainan, kami boleh bermain lebih daripada lima pusingan, dan suasananya memang sangat menghiburkan. Kini, kami juga mengajak lebih ramai rakan untuk turut serta, menjadikan aktiviti ini bukan sahaja sebagai senaman mingguan, tetapi juga sebagai masa berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan.
.jpeg)


Comments
Post a Comment