Perasaan Menjadi Pelajar di UKM dan FEP
Nak tahu tak apa perasaan saya jadi pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) selama hampir tiga tahun? Saya sangat gembira dan bersyukur. Saya sendiri tak sangka saya mampu sampai sejauh ini menempuh pelbagai cabaran seperti tugasan yang mencabar, berkenalan dengan kawan baharu, dan belajar menyesuaikan diri dalam suasana fakulti yang besar. Saya masih ingat lagi, kali pertama saya menjejakkan kaki ke FEP. Walaupun ketika itu saya sudah habis semester pertama, saya masih belum hafal lokasi bilik seminar. Setiap kali ada kelas, saya pasti tercari-cari arah. Tapi baru-baru ini, saya terserempak dengan pelajar tahun satu yang bertanya di mana Bilik Seminar 8 dan kali ini saya pula yang boleh tunjukkan arah dengan yakin! Saya tersenyum sendiri sebab teringat betapa kelirunya saya dulu. Rupanya betullah pepatah, “malu bertanya, sesat jalan.” Dulu saya selalu bertanya pelajar lain bila terlupa lokasi kelas, dan daripada situ saya mula hafal satu demi satu kawasan FEP hingga akhirnya, F...